Wednesday 6 July 2011

Eww

Hai para pembaca semua.
Hari ni aku nak cakap pulak pasal EWW.
Korang semua sedar tak bila korang sms member member korang berjantina perempuan (kebanyakkannya) korang akan dapat mesej seperti ini ;
"Hye.. wat pew tue? kcew kew?"
Atau,
"X wat pew2 pown. sjew skew2."


Hokei!


Kalau korang nak tau, aku sangat sangat benci short-form yang macam ni.
Sangat sangat benci!
Ada yang lagi teruk macam ni ,


"AlArH...KiTeW x uAt pEw2 pOWn."


Apa kejadahnya tu haa?!


Benda ni dah dicakapkan oleh seorang vlogger Malaysia berbangsa Melayu yang sedang menuntut ilmu di Australia.
Aku rasa korang dah kenal siapa dia.
Dialah Anwar Hadi.
Korang search dekat YouTube 'inianwarhadi'.


Ya!
Aku sangat setuju dengan dia.
Korang (yang tulis macam kat atas tu) ni tak reti nak tulis elok elok ka hah?
Apa guna korang belajar Bahasa Malaysia/Melayu kat sekolah hah?
Entah entah BM pon korang fail kot?
Korang tau tak yang korang ni sedang merosakkan bahasa dan bangsa.
Korang ingat korang tulis camtu korang cute la?
Dei! Pigi daaa!
Dah la susah nak paham.
Buang masa nak tulis pulak tu.
Aku cukup pantang la dengan orang yang tulis macam ni.
Aku dapat sms yang macam ni aku sound balik kat orang yang hantar sms tu.
Korang tak boleh tulis elok elok macam ni?
"Aku tgh mkn megi."
atau,
"Ko tau x yg aku tgh berak?"
atau,
"Woi bodo! aku tgh mkn la!"


Kan senang.
Simple as that, kata orang putih.
Korang tulis macam tu korang ingat boleh jimat ruang ka?
Macam Anwar Hadi cakap, apa = 3 huruf manakala, apew = 4 huruf.
Jimat kah?
Jadi, kalau korang taknak kena maki hamun dengan aku atau orang orang yang tak paham dengan short-form korang tu, tukarlah tabiat korang tu.
Kepada mat mat rempit yang baru nak kenal dengan henpon tu, tulis elok elok ya.
Bahasa korang lagi teruk korang tau tak?


Sekian.

Sunday 3 July 2011

Bodoh kerana cinta

Hey ya'll.
Kali ni aku nak cakap sikit pasal sesetengah manusia yang menjadi bodoh bila bercinta.
Timbul idea ni bila aku baca paper tadi.
Tajuk yang sama jugak.
Ok, aku dah banyak kali jugak jumpa atau kenal perempuan perempuan yang jenis terlalu obses dengan cinta.
Lelaki ni aku kurang sikit la.
Ada tu ada, tapi kurang.
Korang pernah tengok ada sesetengah perempuan yang sanggup bergadai maruah diri dan kaum cuma untuk lelaki yang 'dicintai' tu?
Aku?
Banyak kali dah.
Korang pernah nampak awek atau balak kepada member korang keluar dating dengan orang lain, lepas tu korang report kat member korang tu.
Tapi apa yang korang dapat?
"Ah! Aku tak cayalah! Dia sayang aku! Dia takkan buat macam tu!"
Aku rasa ada macam ni lah kan?
Tapi kalau korang dapat respon yang positif tu kira bagus la.
Banyak yang macam ni.
Pernah tak bila korang nak putuskan hubungan dengan awek atau balak korang (terutama awek), dia merayu sangat sangat supaya korang tak tinggalkan dia.
Dia pujuk sampai nak bunuh diri la.
Nangis tak berhenti la.
Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah....ok aku dah mengarut.
Tapi korang paham la kan.
Pernah?
Paling teruk rayuan yang korang akan dapat adalah dia sanggup nak gadai 'mahkota' dia untuk anda(lelaki).
Bagi aku la kan, perempuan macam ni memang bodoh!
Bila kita dah cakap terang terang yang balak dia curang siap dengan saksi saksi yang nampak tapi dia masih tak caya.
Macam macam alasan yang dia bagi.
Tapi bila dia dah tengok sendiri baru dia tau.
Emo 10 hari 10 malam.
Lepas tu tulis kat status Facebook.
"Aq benciew bcheintew!"
"Dye tlarh mewninggalkan aqew"
"Kenapew diew buwat kat akew mcm tue?"


Ok girls, korang tau tak aku sangat sangat tak suka bila korang cakap camtu.
Bila kawan kawan korang dah cakap yang balak korang tu curang tu percaya ja la.
Sekurang kurangnya siasat dulu.
Jangan percaya kat balak korang bila dah ada orang cakap macam tu.
Bukan aku sorang ja, aku yakin hampir 70% lelaki akan rasa macam tu jugak.
Malah ada perempuan lain yang lebih matang dari anda akan rasa sebegitu.
Aku yakin.


Sudah dengan perempuan.
Lelaki pulak.
Lelaki ni lain pulak ceritanya.
Kalau terlalu obses boleh jadi psiko!
Betul!
Sampai stalk awek dia kemana mana ja.
Bila orang cakap awek dia curang atau keluar dating dengan orang lain, orang yang memberitahu tu yang akan dapat lebam di hidung bersama darah mengalir bersama.
Jadi, harap haraplah kawan yang korang nak report tu seorang yang sangat penyabar.
Tapi, aku rasa lelaki ni lebih senang nak percaya dengan kata kata member mereka.
Setelah dapat info pasal kecurangan awek mereka, selalunya mereka akan stalk dulu awek mereka bila dia keluar.
Lepas tu bila dah kantoi awek dia curang sememangnya dia terjah terus!
Tapi kalau tak jadi macam kat atas ni, dia akan terus serang awek dia tanpa usul periksa.
Sebab tu lelaki ni bahaya sikit.
Kalau macam aku ni aku diam ja.
Sebab aku ni bukan jenis terus terang bila aku musykil.
Bila aku ada bukti baru aku mula siasat.
Pernah jugak aku stalk awek aku.
Korang jangan tanyalah macam mana aku buat.
Bila putus hubungan, lelaki sama ada akan terus enjoy dengan kawan kawan atau emo buat beberapa hari kerana kesunyian sebab henfon dah lama tak berbunyi.
Kan?
Tapi bila perempuan mintak putus dengan lelaki, ada yang jenis tup tup putus terus.
Ada jugak yang jenis macam perempuan kat atas sana tu.
Taknak lepas sebab dia anggap perempuan tu 'milik' dia.
Dia taknak orang lain rampas 'hak' dia.
Kalau jenis ni bahaya jugak ni.
Kalau perempuan putuskan hubungan tanpa persetujuan dia, boleh jadi kes dengki bila perempuan tu mempunyai kekasih yang baru.


Tengok.
Korang boleh nampak betapa bodohnya kita boleh jadi kerana cinta.
Sebenarnya apa yang aku cakap kat atas ni bukan perasaan cinta atau sayang.
Apa yang dibuat oleh contoh contoh kat atas ni semua sebab atas dasar nafsu.
Syaitan mengaburkan fikiran kita dengan membuat nafsu itu nampak sebagai perasaan cinta atau kasih sayang.
Aku bukan ustaz tapi ni pandangan aku.
Aku pasti ramai yang akan setuju setelah difikirkan betul betul.


Sekian.

Saturday 2 July 2011

CBR250R 2011 -motosikal

Selamat pagi semua!
Hari ni aku nak cakap pasal motor pulak.
Aku ni memang gila motor.
Mat motor la katakan.
Tapi aku ni bukanlah MAT REMPIT a.k.a SAMSENG JALANAN.

Ni la motor yang aku cakapkan tu.



























Ni spec yang aku dapat dari internet.
Aku malas nak translate jadi Bahasa Melayu.
Pandai pandai korang la nak paham macam mana.

Manufacturer Honda
Also called MC41
Model year 2011–
Assembly Thailand and India
Class Sport bike
Engine 249.5 cc (15.23 cu in) single cylinder four-stroke, 4 valves, liquid cooled, counterbalanced, PGM-FI
Bore / Stroke 76.0 × 55.0 mm (2.99 × 2.17 in)
Compression ratio 10.7:1
Top speed 87 mph (140 km/h)
91.2 mph (146.8 km/h)
Power 23.7 hp (17.7 kW) @ 9,900 rpm
21.9 hp (16.3 kW) @ 8,500 rpm
Torque 12.7 ft·lb (17.2 N·m) @ 7,400 rpm
14.65 ft·lb (19.86 N·m) @ 6,750 rpm
Ignition type CDI
Transmission Wet multiplate clutch, constant mesh 6-speed, chain drive
Frame type Steel twin spar diamond, engine stressed
Suspension Front: Non-adjustable 37 mm telescopic fork
Rear: Pro-link swingarm, single shock with 5-way preload adjustment
Brakes Single hydraulic disc front and rear. Optional combined brakes with ABS
Tires Front: 110/70-17M/C
Rear: 140/70-17M/C
Rake, Trail 25ยบ, 95 mm (3.7 in)
Wheelbase 1,370 mm (54 in)
Dimensions L 2,035 mm (80.1 in)
W 720 mm (28 in)
H 1,125 mm (44.3 in)
Seat height 780 mm (31 in)
Weight 153 kg (337 lb) (non-ABS) (dry)
161 kg (355 lb) (non-ABS), 165 kg (364 lb) (ABS) (claimed)
166 kg (366 lb) (ABS) (wet)
Fuel capacity 13 l (2.9 imp gal; 3.4 US gal)
Fuel consumption 4.1 L/100 km (69 mpg-imp; 57 mpg-US)
4.16 L/100 km (67.9 mpg-imp; 56.5 mpg-US)
Turning radius 2.5 m (8 ft 2 in)


Apa yang aku rasa pasal motor ni?
Bagi aku motor ni tak ok.
Kenapa?
Pertama, dia cuma pakai 1 silinder (1 piston)
Kedua, riding position dia sangat mengarut.


Kalau nak mula berjinak jinak dengan superbike ni tak payah la beli motor ni.
Mengarut ja.
Baik korang beli Kawasaki Ninja 250R.
Lagi elok + 2 silinder + kuasa yang lebih.
Reka bentuk dia bagi aku memang boleh tahan buat kali pertama mata memandang.
Kali kedua tu aku dah mula menyampah.
Honda pakai design yang sama ja dalam waktu terdekat ni.
Dari VFR1200 sampai ke CBR600F 2011 ni.
Semuanya hampir sama.
Cuba korang tengok Kawasaki.
Design dia berubah rubah setiap 2 tahun (dalam pemerhatian aku lah).
Yang paling tak boleh belah adalah enjin dia la.
Satu piston?
Baik korang beli RXZ ja.
Lagi bagus.
Tapi risiko nak kena curi tu korang jangan tanya la.
Sedangkan superbike pun kena curi.
RXZ ni jangan tanya lah.


Overall motor ni aku bagi 4/10 sebab aku sangat sangat tak suka motor ni.
Sekian.

Skinny/legging/tights/shorts perempuan

Salam sejahtera semua!
Ya, aku tau yang aku baru lepas post ja tadi.
Tapi aku nak meriahkan lagi aku punya blog ni dengan berbagai bagai post.
Ok, kali ni aku nak cakap sikit pasal Legging ni.
Aku selalu nampak ramai perempuan malah ex aku pun pernah pakai legging ni tanpa persetujuan aku.
Tapi, yang aku lebih tak suka bila diorang ni pakai legging dengan tudung!
Itu menghina namanya!
Dah la pakai tudung tapi tunjuk bentuk badan.
Ada ke patut?
Mestilah tidak!
Kenapa tak bogel ja?
Kan senang.
Ini nak tutup aurat pon tak ikhlas.
Kalau dah pakai tudung tu pakai elok elok la.
Ini tidak.
Kalau budak budak kecik nampak, diorang akan ikut perangai macam tu tau.
Tambah tambah kalau tu anak korang sendiri. 
Aku dulu pun pernah jugak pakai skinny ni.
Tapi, aku ni memang skinny.
Aku ni kurus dan tinggi.
Berat aku hanya dalam lingkungan 50 kg ke bawah dan ketinggian aku dalam 6 kaki atau 180 cm ke atas.
Tapi, aku dah tak pakai skinny ni.
Nampak pelik!
Jadi, seluar tu tengah jadi pekasam la.
Aku kadang kadang nampak ada yang pakai legging sampai ketat ketat.
Kalau bukan sebab mini skirt atau shorts diorang tu, mesti dah nampak alur jubur!
Dah sakit mata aku duk nampak perempuan pakai macam tu.
Kalau Cina ka Mat Saleh ka atau bukan beragama Islam aku tak kisah.
Ini Melayu beragama Islam.
Malukan kaum,bangsa dan agama ja.
Ada lagi satu, legging sampai paras lutut.
Ni satu lagi fesyen yang entah apa apa.
Lepas tu tunjuk betis kaki yang tak berapa nak lawa tu.
Tambah tambah lagi kalau yang tak bercukur.
Mimpi ngeri buat kaum lelaki tau.
Tapi, aku rasa kalau perempuan tak boleh cukur bulu kaki kalau tak kahwin lagi sebab kena dapat kebenaran suami mereka.
Aku rasa ja lah.
Kalau silap tu betulkanlah.
Maka, lebih baiklah kalau kaum Hawa ni memakai pakaian yang cukup kain.
Lebih pun takpa, asalkan tak terlalu labuh ja.
Nanti sangkut dekat pintu kereta jadi satu hal pulak.
Kena heret satu bandar.
Perempuan kena tahu (kalau yang tak tahu tu kena bagi tahu) bahawa, aurat bukan sekadar menutup bahagian tubuh badan ja.
Bentuk bentuk tubuh badan pun tak boleh nampak.
Jadi, kalau korang yang tengah pakai tu aku nasihatkan korang tukar la esok esok ke lusa ke.
Lagi satu, benda ni bukan main main.
Nafsu lelaki ni bahaya kalau dah teransang.
Karang korang jadi mangsa rakus manusia yang bergelar 'perogol' baru korang nak menyesal, kan?
Kalau korang kena raba dekat mall ke,tempat tunggu bas ke, dalam bas atau tempat tempat yang sesak apa yang korang boleh buat?
Korang jangan la nak salahkan kaum lelaki ja kalau korang jadi mangsa keadaan macam ni.
Tapi kalau korang dah jaga adab pemakaian korang tu memang dah terang terang salah lelaki tu.
Tengok.
Kan dah ada kebaikkan tak pakai legging ni.
Aku bukan apa, aku tak suka kalau jadi kes macam ni.
Tak suka perempuan dianiaya.
Jadi kaum kaum Hawa, jagalah pemakaian anda supaya tidak berlaku perkara buruk pada diri anda.
Nasihat ni ikhlas dari hati aku setelah lama tersimpan dalam hati aku ni.
Aku rasa sampai situ saja.
Sekian.

Tudung/Selendang/Shawl/Scarf perempuan

Hai all!
Dalam post ni aku akan bercakap sikit pasal tudung yang perempuan pakai ni.
Walaupun aku baru bekerja selama 2 hari, aku telah berjumpa dengan ramai wanita dengan fesyen tudung mereka sendiri.
Ada yang mengikut style Yuna , ada yang pakai tudung Ekin (kebanyakkannya orang tua lah) dan paling aku suka adalah jenis yang simple, iaitu tudung yang dipakai macam orang orang dulu.
Alah, macam makcik dulu dulu tu. Simple ja.
Ok, aku akan mulakan kritikkan aku.
Tapi, sebelum tu aku nak cakap siap siap yang aku ni bukanlah orang yg kuat Imannya.
Aku hanya menegur.
Ok.
Pertama sekali, tadi aku ternampak ada sorang akak ni pakai tudung macam Ekin ni.
Tapi, aku sedar yg dia pakai baju yang agak pelik.
Baju dia nampak dada sikit.
Aku pun apa lagi? Hanya mengutuk di dalam hati.
Aku pun terfikir.
Apa fungsi sebenar TUDUNG?
Jadi timbullah perkara perkara macam ni.
Ramai perempuan yang hanya berfikiran bahawa tudung ini untuk tutup rambut atau kepala.
Tapi, bagi aku ia lebih dari tu.
Fungsi tudung bagi aku;
1. Tutup aurat (normallah tu)
2. Tutup bahagian leher.
3. Cover sebahagian dari dada agar tak menampakkan bentuk.
4. Menyerikan muka yang sudah seri itu. :)


Korang pernah terfikir tak yang kenapa korang tak ada nafsu dekat ustazah ke atau perempuan yang pakai tudung labuh?
Aku rasa korang tau kenapa.
Sebab tak nampak body, kan?
Haaa.
Itulah fungsi tudung yang sebenarnya (bagi aku).
Tapi, bila perempuan tak tahu pasal hal ni, mereka pakai tudung macam orang sakai.
Aku ni memang tak suka la perempuan pakai tudung mengarut mengarut ni.
Pakai selendang macam Yuna, belit sana, belit sini, ikat sana, ikat sini.
Buang masa!
Lagi 1, aku tak suka sangat tudung Ekin ni.
Sebab?
Bagi aku, tudung tu untuk pemalas atau orang tua.
Sebab?
Cuba korang tengok cara perempuan pakai tudung tu.
Serlup ja, setel.
Tapi, ada sesetengah tu nampak lawa jugak kalau tak malas.
Jadi, itu aku bagi 50/50 aja la.
Tapi, tudung yang macam aku nampak akak tu pakai, aku memang anti gila.
Kepala dah tutup tapi badan terdedah.
Apa kes?
Kalau nak pakai tu biarlah bahagian anggota badan yang lain jugak tertutup dengan elok.
Bukan hanya sekadar 'menutup'.
Aku rasa sampai sini saja aku tulis untuk Tudung.
Kalau ada apa apa aku akan update lagi.
Sekian.

Introduksi

Salam hormat dan salam sejahtera.
Nama aku adalah Mohammed Hizman bin Mohammed Hisham tapi hanya digelar sebagai  Iman atau Man sahaja dari kalangan keluarga dan rakan rakan aku.
Aku berumur 18 tahun dan tinggal di Sg Petani, Kedah Darul Aman.
Aku sedang bekerja separuh masa di Parkson Taman Sejati, Sg Petani buat masa sekarang.
Hobi aku adalah seperti melayari internet, makan angin, menunggang motosikal.
Makanan kegemaran aku?
Aku makan apa apa saja asalkan tak ada seafood.
Aku sebagai lepasan SPM perlu mencari jalan hidup aku sendiri mulai sekarang.
Tak banyak yang aku boleh cakap pasal diri aku ni sebab diri aku ni taklah menarik sangat.
Itu saja dan jangan lupa untuk baca post seterusnya kerana ia akan menjadi post rasmi pertama bagi blog ini.