Hey ya'll.
Kali ni aku nak cakap sikit pasal sesetengah manusia yang menjadi bodoh bila bercinta.
Timbul idea ni bila aku baca paper tadi.
Tajuk yang sama jugak.
Ok, aku dah banyak kali jugak jumpa atau kenal perempuan perempuan yang jenis terlalu obses dengan cinta.
Lelaki ni aku kurang sikit la.
Ada tu ada, tapi kurang.
Korang pernah tengok ada sesetengah perempuan yang sanggup bergadai maruah diri dan kaum cuma untuk lelaki yang 'dicintai' tu?
Aku?
Banyak kali dah.
Korang pernah nampak awek atau balak kepada member korang keluar dating dengan orang lain, lepas tu korang report kat member korang tu.
Tapi apa yang korang dapat?
"Ah! Aku tak cayalah! Dia sayang aku! Dia takkan buat macam tu!"
Aku rasa ada macam ni lah kan?
Tapi kalau korang dapat respon yang positif tu kira bagus la.
Banyak yang macam ni.
Pernah tak bila korang nak putuskan hubungan dengan awek atau balak korang (terutama awek), dia merayu sangat sangat supaya korang tak tinggalkan dia.
Dia pujuk sampai nak bunuh diri la.
Nangis tak berhenti la.
Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah....ok aku dah mengarut.
Tapi korang paham la kan.
Pernah?
Paling teruk rayuan yang korang akan dapat adalah dia sanggup nak gadai 'mahkota' dia untuk anda(lelaki).
Bagi aku la kan, perempuan macam ni memang bodoh!
Bila kita dah cakap terang terang yang balak dia curang siap dengan saksi saksi yang nampak tapi dia masih tak caya.
Macam macam alasan yang dia bagi.
Tapi bila dia dah tengok sendiri baru dia tau.
Emo 10 hari 10 malam.
Lepas tu tulis kat status Facebook.
"Aq benciew bcheintew!"
"Dye tlarh mewninggalkan aqew"
"Kenapew diew buwat kat akew mcm tue?"
Ok girls, korang tau tak aku sangat sangat tak suka bila korang cakap camtu.
Bila kawan kawan korang dah cakap yang balak korang tu curang tu percaya ja la.
Sekurang kurangnya siasat dulu.
Jangan percaya kat balak korang bila dah ada orang cakap macam tu.
Bukan aku sorang ja, aku yakin hampir 70% lelaki akan rasa macam tu jugak.
Malah ada perempuan lain yang lebih matang dari anda akan rasa sebegitu.
Aku yakin.
Sudah dengan perempuan.
Lelaki pulak.
Lelaki ni lain pulak ceritanya.
Kalau terlalu obses boleh jadi psiko!
Betul!
Sampai stalk awek dia kemana mana ja.
Bila orang cakap awek dia curang atau keluar dating dengan orang lain, orang yang memberitahu tu yang akan dapat lebam di hidung bersama darah mengalir bersama.
Jadi, harap haraplah kawan yang korang nak report tu seorang yang sangat penyabar.
Tapi, aku rasa lelaki ni lebih senang nak percaya dengan kata kata member mereka.
Setelah dapat info pasal kecurangan awek mereka, selalunya mereka akan stalk dulu awek mereka bila dia keluar.
Lepas tu bila dah kantoi awek dia curang sememangnya dia terjah terus!
Tapi kalau tak jadi macam kat atas ni, dia akan terus serang awek dia tanpa usul periksa.
Sebab tu lelaki ni bahaya sikit.
Kalau macam aku ni aku diam ja.
Sebab aku ni bukan jenis terus terang bila aku musykil.
Bila aku ada bukti baru aku mula siasat.
Pernah jugak aku stalk awek aku.
Korang jangan tanyalah macam mana aku buat.
Bila putus hubungan, lelaki sama ada akan terus enjoy dengan kawan kawan atau emo buat beberapa hari kerana kesunyian sebab henfon dah lama tak berbunyi.
Kan?
Tapi bila perempuan mintak putus dengan lelaki, ada yang jenis tup tup putus terus.
Ada jugak yang jenis macam perempuan kat atas sana tu.
Taknak lepas sebab dia anggap perempuan tu 'milik' dia.
Dia taknak orang lain rampas 'hak' dia.
Kalau jenis ni bahaya jugak ni.
Kalau perempuan putuskan hubungan tanpa persetujuan dia, boleh jadi kes dengki bila perempuan tu mempunyai kekasih yang baru.
Tengok.
Korang boleh nampak betapa bodohnya kita boleh jadi kerana cinta.
Sebenarnya apa yang aku cakap kat atas ni bukan perasaan cinta atau sayang.
Apa yang dibuat oleh contoh contoh kat atas ni semua sebab atas dasar nafsu.
Syaitan mengaburkan fikiran kita dengan membuat nafsu itu nampak sebagai perasaan cinta atau kasih sayang.
Aku bukan ustaz tapi ni pandangan aku.
Aku pasti ramai yang akan setuju setelah difikirkan betul betul.
Sekian.
No comments:
Post a Comment