Saturday, 2 July 2011

Tudung/Selendang/Shawl/Scarf perempuan

Hai all!
Dalam post ni aku akan bercakap sikit pasal tudung yang perempuan pakai ni.
Walaupun aku baru bekerja selama 2 hari, aku telah berjumpa dengan ramai wanita dengan fesyen tudung mereka sendiri.
Ada yang mengikut style Yuna , ada yang pakai tudung Ekin (kebanyakkannya orang tua lah) dan paling aku suka adalah jenis yang simple, iaitu tudung yang dipakai macam orang orang dulu.
Alah, macam makcik dulu dulu tu. Simple ja.
Ok, aku akan mulakan kritikkan aku.
Tapi, sebelum tu aku nak cakap siap siap yang aku ni bukanlah orang yg kuat Imannya.
Aku hanya menegur.
Ok.
Pertama sekali, tadi aku ternampak ada sorang akak ni pakai tudung macam Ekin ni.
Tapi, aku sedar yg dia pakai baju yang agak pelik.
Baju dia nampak dada sikit.
Aku pun apa lagi? Hanya mengutuk di dalam hati.
Aku pun terfikir.
Apa fungsi sebenar TUDUNG?
Jadi timbullah perkara perkara macam ni.
Ramai perempuan yang hanya berfikiran bahawa tudung ini untuk tutup rambut atau kepala.
Tapi, bagi aku ia lebih dari tu.
Fungsi tudung bagi aku;
1. Tutup aurat (normallah tu)
2. Tutup bahagian leher.
3. Cover sebahagian dari dada agar tak menampakkan bentuk.
4. Menyerikan muka yang sudah seri itu. :)


Korang pernah terfikir tak yang kenapa korang tak ada nafsu dekat ustazah ke atau perempuan yang pakai tudung labuh?
Aku rasa korang tau kenapa.
Sebab tak nampak body, kan?
Haaa.
Itulah fungsi tudung yang sebenarnya (bagi aku).
Tapi, bila perempuan tak tahu pasal hal ni, mereka pakai tudung macam orang sakai.
Aku ni memang tak suka la perempuan pakai tudung mengarut mengarut ni.
Pakai selendang macam Yuna, belit sana, belit sini, ikat sana, ikat sini.
Buang masa!
Lagi 1, aku tak suka sangat tudung Ekin ni.
Sebab?
Bagi aku, tudung tu untuk pemalas atau orang tua.
Sebab?
Cuba korang tengok cara perempuan pakai tudung tu.
Serlup ja, setel.
Tapi, ada sesetengah tu nampak lawa jugak kalau tak malas.
Jadi, itu aku bagi 50/50 aja la.
Tapi, tudung yang macam aku nampak akak tu pakai, aku memang anti gila.
Kepala dah tutup tapi badan terdedah.
Apa kes?
Kalau nak pakai tu biarlah bahagian anggota badan yang lain jugak tertutup dengan elok.
Bukan hanya sekadar 'menutup'.
Aku rasa sampai sini saja aku tulis untuk Tudung.
Kalau ada apa apa aku akan update lagi.
Sekian.

4 comments:

  1. Ijan loves it when I wear shawl. It's an arabic tradition anyway time form 2 lagi dah pakai. Emo gila Iman! But I agree that we should cover ourselves better especially bila clad in tudung. Sipi pun tengah dalam transition tukar wardrobe sipi, especially jeans. Mana taknya, yang tak patut ketat pun dah ketat takleh muat! Nampak sangat gemuk -__-;

    ReplyDelete
  2. ni cumalah kritik. as always, cara kita terima kritik tu ja yg kadang2 tak berapa betul.

    ReplyDelete
  3. Yeah, but the tendency is people who fail to criticize themselves. I don't believe in criticizing that much in making people better. It only makes them more defensive and rebellious. It's human nature. In psychological and educational aspects, a positive approach is deemed more favored and effective. We all see the flaws in others, but rarely in ourselves.

    ReplyDelete
  4. that's why i always put some advices on every of my posts.

    ReplyDelete